Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:04
Maghrib
6:56
Isyak
8:05

Dr Maliki dan keluarga akan berlari 210km, kumpul dana bagi siswa SMU

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dr Maliki dan keluarga akan berlari 210km, kumpul dana bagi siswa SMU

Jul 30, 2021 | 09:13 PM

 

MENTERI Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman dan keluarganya akan berlari 210 kilometer selama 21 hari untuk mengumpul dana bagi membantu mahasiswa yang memerlukan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Menurut Dr Maliki, beliau dan keluarga akan mengambil bahagian dalam Cabaran SMOO dan berlari 10 km sehari selama 21 hari antara 3-24 September untuk mengumpulkan $21,000 yang akan disalurkan kepada Dana Dermasiswa SMU.

Menurut Dr Maliki, dermasiswa itu memberikan bantuan kewangan yang amat diperlukan kepada mahasiswa SMU yang kesempitan wang, terutama semasa tempoh pandemik yang mencabar ini.

“Kami berharap dapat mengumpulkan $1,000 sehari selama 21 hari yang akan kami luangkan untuk berlari sempena cabaran ini. Kami berharp usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar di SMU,” kata Dr Maliki, yang berkata anak perempuan beliau, Lidia, juga lulusan SMU dan pernah menuntut di Sekolah Undang-Undang SMU.

Melakukan cabaran itu bersama juga akan membolehkan beliau dan keluarga meluangkan masa bersama, kata Dr Maliki.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3