Subuh
5:29
Syuruk
6:51
Zuhur
12:54
Asar
4:17
Maghrib
6:54
Isyak
8:08
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Dr Maliki hargai kakitangan dan pelajar RP, IHL S'pura harungi Covid-19

Oct 31, 2020 | 09:25 PM

MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Maliki Osman, meluahkan penghargaan kepada kakitangan dan pelajar Politeknik Republic (RP) serta institut pembelajaran tinggi (IHL) di Singapura, di atas perpaduan serta usaha berterusan mereka dalam perjuangan menentang Covid-19.

Dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu (31 Okt), Dr Maliki berkata beliau telah mengunjungi RP beberapa hari lalu dengan Menteri Negara (Tenaga Kerja dan Pendidikan) Gan Siow Huang, dan gembira melihat politeknik itu telah membuka kampusnya dengan langkah pengurusan selamat yang menyeluruh.

Antaranya, ceramah rata-rata dijalankan dalam talian, dan pelajar kembali ke kampus bagi praktikum dan sesi makmal.

"Usaha RP yang menyeluruh mencerminkan usaha lebih luas yang telah dibuat oleh semua IHL kita dalam memerangi Covid-19," kata Dr Maliki, dan memberi contoh IHL terus memenuhi keperluan pelajar dari jauh, walaupun ruang di kampus kekal ditutup semasa pemutus rantaian jangkitan (CB).

Beliau berkata universiti setempat juga telah menyumbang secara aktif kepada perjuangan Covid-19 nasional dan global, seperti apabila Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menyumbang kemudahan mereka kepada operasi asrama pekerja asing Singapura.

"Sedang kita dengan berhati-hati mula menyambung lebih banyak kegiatan di peringkat nasional secara progresif, saya yakin kita akan mengharungi masa sukar ini dan muncul lebih kuat daripada sebelumnya," katanya.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian