PENTERNAK ikan yang mengalami kerugian besar akibat kematian ikan ternakan akan dibantu, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, di Parlimen semalam.
Salah satu langkah yang boleh diambil pihak berkuasa bagi membantu penternak ikan, terutama yang mempunyai sistem pengudaraan yang kurang baik, ialah dengan membangunkan peralatan mereka bagi memenuhi sasaran penghasilan selain menangani dengan lebih baik perubahan cuaca yang mendadak.