Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dr Yaacob dan Speaker Halimah kunjungi gerai BH di Geylang Serai

Jul 12, 2014 | 08:44 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dan Speaker Parlimen, Cik Halimah Yakob, telah sempat mengunjungi gerai bazar Berita Harian (BH) di Geylang Serai lewat petang tadi.


Mereka mengunjungi gerai tersebut sebagai antara tempat perhentian dalam rangka kunjungan mereka ke bazar Geylang Serai.


Sebelum ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, turut melawat bazar tersebut hujung minggu lalu.


Gerai BH yang terletak di hadapan Pasar Geylang Serai itu adalah sebahagian usaha akhbar ini mendekati masyarakat dan pembaca.


Gerai itu turut menjual naskhah BH setiap hari dan mempromosikan langganan akhbar cetak dan digital.


Pelanggan berpeluang melanggan menerusi pakej 'Semua-Dalam-Satu' untuk menikmati naskhah cetak dan empat wadah digital lainnya menerusi laman BeritaHarian.sg, serta aplikasi bergerak atau mobile app BH.sg.


Mereka yang melanggan akan mendapat baucar NTUC $50 dan bagi yang membaharui kontrak pula akan mendapat baucar $30.


Pembaca yang ingin mencuba BH digital pula akan diberikan akses percuma selama tujuh hari.


Caranya mudah - mereka hanya perlu ke gerai bazar BH itu dengan mendapatkan kad 7 Days.


Kad itu akan memberi pembaca kod melayari BH digital.


Menerusi akses itu, pembaca boleh menikmati wadah digital menerusi laman BeritaHarian.sg, serta aplikasi bergerak atau mobile app BH.sg.


Kelab Heal juga menyertai gerai bazar BH itu dengan menjual barangan kraf yang dibuat sendiri oleh anggota a kelab tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >