Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dr Yaacob: Lawatan ke Mesir dan Jordan bantu bentuk konsep kolej Islam di Singapura

Nov 12, 2017 | 05:11 PM



LAWATAN ke Mesir dan Jordan baru-baru ini serta pengalaman melawat institusi-institusi pengajian tinggi di sana dapat membantu dalam membentuk kolej Islam di Singapura, menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim. 



Dalam pos yang dimuatnaikkan di Facebook hari ini, Dr Yaacob berkata bahawa walaupun kunjungannya ke kededua negara tersebut tidak lama, namun ia masih membuahkan hasil. 



Menurut posnya, banyak yang dipelajari dari lawatan ke dua ibu kota, Cairo dan Amman di mana beliau mengunjungi Universiti Al Azhar, Universiti Jordan serta Universiti Sains Islam Dunia (WISE). 



“Institusi-institusi ini penuh dengan tradisi, pemahaman serta penghargaan yang mendalam terhadap Islam dan disiplin agama, namun progresif dalam pandangan global mereka. 



“Interaksi kami bersama pentadbir institusi-institusi tersebut serta ulama Islam yang terkenal di kededua negara amat bermakna dan mencelikkan mata,” katanya. 



Beliau juga telah bertemu beberapa pemimpin terkenal termasuk Menteri Pendidikan Tinggi dan Kajian Saintifik Jordan, Profesor Adel Tweissi di mana mereka telah berkongsi pendapat tentang program pendidikan tinggi yang dapat membantu guru-guru agama untuk memenuhi keperluan dunia hari ini dan pada masa akan datang. 



Katanya: “Pengalaman yang diraih dari lawatan ini memang berharga dan akan membantu kami dalam membentuk kolej Islam kami sendiri, yang mempunyai asas kukuh dalam sains keagamaan dan menggunakan pendekatan pelbagai disiplin yang sesuai dengan konteks berbilang kaum dan agama Singapura.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >