Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dr Yaacob: Saya akan berehat buat seketika dan kembali menyumbang selepas itu

May 02, 2018 | 09:32 PM



 





DR Yaacob Ibrahim berkata kini tiba masanya untuk beliau berehat seketika sambil meluangkan masa bersama keluarga.



Kededua anaknya, yang kini berada di Amerika Syarikat, akan pulang ke Singapura tidak lama lagi, tambahnya lagi.



Katanya, walaupun tidak lagi menyandang jawatan sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, beliau tetap akan kembali bergiat aktif dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat Melayu Islam sekitar Julai tahun ini.



Kata Dr Yaacob: “Saya akan mencari ruang saya sendiri untuk terus menyumbang dan menyokong masyarakat, masih banyak lagi perkara yang saya ingin lakukan.”



Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Majlis Makan Malam anjuran Yayasan Mendaki di hotel Grand Hyatt Singapore demi menghargai sumbangan Dr Yaacob sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam selama 16 tahun.



Tambahnya lagi: “Perjalanan ini (sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam) memang sesuatu yang amat istimewa kerana saya melihat kejayaan setiap tahun.



“Sudah tentunya cabaran semakin kompleks di masa hadapan, untuk itu kita harus bersatu untuk menghadapinya.”



Ucapan ringkasnya itu disampaikan kepada lebih 200 individu yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, sukarelawan dan kakitangan badan-badan Melayu Islam termasuk Mendaki, Perdaus dan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM).



Beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu, termasuk Dr Maliki Osman, Cik Rahayu Mahzam dan Encik Zaqy Mohamed  turut meraikan majlis makan malam itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >