Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Draf pelan tingkat mutu pendidikan Islam dibentang

Nov 12, 2021 | 05:30 AM



SATU draf pelan yang bertujuan meningkatkan mutu pendidikan Islam telah dibentangkan dalam satu sesi dialog yang dianjurkan buat kali pertama oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Kumpulan Kerja Pendidikan Islam (IEWG) semalam.



Dinamakan Rancangan Pelajar dan Pendidik Pendidikan Islam (ILEM), ia merangkumi rumusan faktor yang dikenal pasti anggota IEWG sebagai penting bagi peningkatan hasil pembelajaran bagi golongan usia berbeza serta kecekapan mengajar relevan yang diperlukan pada masa akan datang.



Satu perbincangan panel bersama pemimpin penyedia khidmat pendidikan Islam utama serta sesi perbincangan yang berasingan turut diadakan buat peserta yang memberikan pandangan dan perspektif mereka berhubung usaha meningkatkan mutu dan kesan pendidikan Islam dalam menghadapi cabaran baru.



Antara isu yang diutarakan termasuk melengkapkan pendidik pendidikan Islam dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan, membangunkan daya tahan dan kekuatan mental pelajar serta pendidik pendidikan Islam, memupuk tanggungjawab sosial lebih besar dalam dunia yang lebih terhubung dan tanpa sempadan serta menyusun semula kurikulum pendidikan Islam agar relevan kepada konteks tempatan dan global masa kini dan pada masa akan datang.



Dalam ucapannya di sesi dialog tersebut, Timbalan Mufti, Dr Mohammad Hannan Hassan, menggalak peserta berfikir bagaimana pendidikan Islam boleh kekal relevan pada masa akan datang.



Beliau turut menekankan penggunaan teknologi untuk mendekati pelajar pendidikan Islam dengan lebih mendalam.



"Satu kemahiran baru yang boleh digunakan asatizah ialah mengajar dengan bantuan teknologi untuk menghasilkan pengalaman bilik darjah yang lebih kreatif dan interaktif bagi memenuhi gaya pembelajaran yang berbeza," ujarnya.



Tambahnya, ini termasuk dengan menggunakan podcast serta Realiti Imbuhan (AR).



Seramai 250 peserta daripada sektor Pusat dan Penyedia Pendidikan Islam (IECP) - termasuk asatizah, pengetua, ketua pendidikan, pengarah dan pemilik IECP - menghadiri sesi dialog itu.



Sesi dialog itu antara lain bertujuan merenungkan perubahan dalam masyarakat serta bagaimana pendidikan Islam kini lebih relevan bagi individu Muslim sedang mereka menangani situasi Covid-19 dan cabaran baru lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >