Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Drebar Grab dipenjara sembilan minggu cederakan tiga orang

Apr 07, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pemandu Grab yang memandu dengan cuai telah menyebabkan tiga orang cedera dalam tempoh sebulan selepas dia mengundurkan keretanya melawan arus lalu lintas dalam satu kejadian dan melanggar lampu merah dalam kejadian lain.



Michael Chua, 46, semalam dijatuhi hukuman penjara sembilan minggu dan dilarang memandu selama tiga setengah tahun selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan memandu dengan berbahaya.



Pertuduhan yang sama telah diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu pada 9 Ogos 2020, Chua sedang memandu di Circuit Road untuk mengambil penumpang apabila dia tersilap membelok ke pintu masuk tempat letak kereta.



Dia mengundurkan keretanya melawan arus lalu lintas dan melanggar dua pejalan kaki.



Mangsa, masing-masing beradik perempuan berusia 60 dan 62 tahun, dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.



Mangsa yang lebih tua mengalami kekejangan pergelangan tangan kiri yang berterusan dan sakit ibu jari selama tiga hingga empat minggu selepas kemalangan itu. Beliau diberi cuti masuk ke hospital selama 57 hari.



Dalam lawatan terakhirnya ke hospital pada 18 Mac tahun lalu mendapati mangsa tidak dapat meluruskan ibu jari kirinya sepenuhnya dan kecederaan itu berkemungkinan kekal.



Mangsa yang lebih muda mengalami kesan melecet pada siku dan buku lali.



Beliau diberi cuti masuk hospital selama 90 hari.



Pada 31 Ogos 2020, Chua melanggar lampu merah ketika dia memandu di North Buona Vista Road dan melanggar sebuah kereta yang sedang membelok ke kanan.



Selepas perlanggaran itu, dia keluar dari kereta dan bercakap dengan pemandu kereta terbabit, seorang wanita berusia 43 tahun, tetapi enggan bertukar butiran maklumat dengannya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik Kevin Ho berkata:



"Tertuduh juga memberitahu mangsa supaya menuntut insurans sendiri dalam kemalangan itu dan menyelesaikannya sendiri."



Chua kemudian mengambil gambar tempat kejadian dan memandu pergi.



Mangsa mengalami sakit leher dan diberikan cuti sakit selama tiga hari.



Rakaman video kemalangan di Buona Vista telah dirakam dan dimuat naik di kumpulan Facebook SG Road Vigilante. Ia telah mendapat 9,200 tontonan setakat 4 Mac tahun ini.



Meminta hukuman penjara selama sembilan hingga 18 minggu dan larangan memandu selama 36 hingga 40 bulan, DPP Ho berkata tindakan Chua mengundurkan keretanya melawan arus trafik adalah perbuatan berbahaya kerana terdapat banyak kenderaan berdekatan dan dia memandu pada kelajuan yang agak laju.



DPP itu juga memberitahu mahkamah bahawa Chua mempunyai sejarah memandu laju pada 2018 dan gagal memakai tali pinggang keledar pada 2014.



Chua, yang tidak diwakili, berkata dalam mitigasi bahawa dia telah berjumpa dua mangsa pertama untuk bertanyakan kesejahteraan mereka dan menawarkan bantuan.



"Saya satu-satunya anak lelaki dan saya mempunyai dua ibu bapa yang sudah tua di rumah. Ayah saya mengalami hilang upaya kekal dan ibu saya diserang angin ahmar bulan lepas," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >