Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Drebar kargo masuki S'pura perlu jalani ujian Covid-19 pantas

Jan 22, 2021 | 05:30 AM



Drebar kargo dan kelindan yang memasuki Singapura menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas perlu menjalani Ujian Antigen Pantas (ART), menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Mereka yang diuji negatif dibenarkan memasuki Singapura.



Dalam satu kenyataan semalam, MTI berkata ujian antigen pantas itu akan dilaksanakan secara progresif bermula 9 pagi esok di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands bagi para pemandu kargo dan kelindan yang menemani mereka.



Peraturan baru ini sejajar dengan usaha Singapura untuk memperketatkan kawalan sempadan, yang memerlukan semua pelawat mengambil ujian Covid-19 sebaik sahaja tiba di sini demi mengawal risiko kes import yang kian meningkat.



Memandangkan pemandu kargo dan kelindan yang menemani mereka boleh berinteraksi dengan masyarakat setempat di Singapura, memperkenalkan ujian ART sebaik tiba di Singapura akan membolehkan kes Covid-19 yang berpotensi dikenal pasti sekali gus mengurangkan risiko, kata kementerian itu lagi.



MTI menambah, ia akur akan kepentingan memastikan laluan barangan yang lancar di antara kedua-dua negara, serta peranan penting yang dimainkan pemandu kargo serta kelindan yang menemani mereka.



"Kami akan memastikan operasi yang lancar di pusat-pusat pemeriksaan untuk mengurangkan gangguan terhadap penghantaran dan rantaian bekalan.



"Syarikat yang menjangkakan penghantaran digalak untuk mengekalkan hubungan rapat dengan pembekal logistik selain menjangkakan kemungkinan penangguhan," tambahnya.



Ujian antigen pantas telah dilaksanakan sebagai langkah keselamatan pra-acara bagi aktiviti berskala besar di Singapura.



Ia dapat memberi keputusan dalam masa 30 minit dan melengkapi ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang lebih sensitif tetapi lebih lambat.



Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengumumkan minggu lalu bahawa mulai 11:59 malam, Ahad ini, kesemua pelawat termasuk rakyat dan penduduk tetap perlu mengambil ujian PCR apabila mereka tiba di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >