SEORANG pemandu lori dipenjara selama lapan bulan dan dilarang memandu selama tujuh tahun semalam kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara berbahaya.
Tay Peng Chay, 61 tahun, mengaku menyebabkan kematian penunggang basikal, Encik Selamat Mokthiri, 57 tahun, apabila dia membelok ke kiri di simpang tiga yang dilarang, menyebabkan kenderaannya melanggar basikal sehingga menyebabkan kematian penunggang basikal tersebut.