Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN: KENAIKAN CUKAI PETROL, REBAT CUKAI JALAN

Drebar sambilan, kereta sewa privet guna kereta sewa 'kurang rasa' rebat jalan raya

Persatuan: Rebat diberi kepada pemilik kereta, tidak diterima oleh pemandu sewa kereta
Feb 18, 2021 | 05:30 AM



REBAT cukai jalan raya yang diberi pemerintah bagi menangani kenaikan harga petrol dijangka membantu pemandu teksi dan kereta sewa privet.



Namun, rebat itu mungkin kurang dirasai pemandu sambilan dan pemandu kereta sewa privet yang menggunakan kereta sewa, kata presiden Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA), Encik Mohamad Azan Salleh.



"Rebat cukai jalan raya diberi kepada pemilik kereta dan tidak diterima secara langsung oleh pemandu yang menyewa kereta itu.



"Namun, pemandu itu terpaksa menanggung harga petrol yang lebih tinggi.



"Sebab itu pada masa ini, saya hanya boleh memberitahu anggota supaya berbincang dengan syarikat khidmat sewa kereta masing-masing untuk meneroka cara rebat cukai jalan raya itu boleh digunakan untuk membantu mereka," ujar Encik Azan, yang berkata pihaknya akan terus memberi maklum balas kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu.



Semalam, pemerintah menaikkan cukai petrol bagi gred premium dan pertengahan masing-masing kepada 79 dan 66 sen seliter.



Menurut Encik Azan, yang memandu limusin, kenaikan itu bermakna pemandu teksi atau kereta sewa privet yang mengisi petrol sekitar 10 kali sebulan akan menanggung kos petrol tambahan antara $60 dengan $80.



Selaras dengan kenaikan itu, pemerintah mengumumkan rebat cukai jalan raya bagi semua jenis kenderaan selama setahun antara 1 Ogos 2021 dan 31 Julai 2022.



Pemilik kereta sewa privet dan teksi mendapat rebat cukai jalan raya 15 peratus selama setahun.



Pemandu aktif boleh menerima rebat cukai petrol tambahan sebanyak $360 yang diberi empat bulan berturut-turut.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia akan memberikan butiran lanjut pada April.



Encik Azan melahirkan harapan sokongan tambahan pemerintah itu turut diberi kepada pemandu sewa privet sambilan.



Menurutnya, NPHVA mempunyai sekitara 13,000 anggota dan kebanyakan pemandu itu menggunakan kereta sewa.



Buat masa ini, pemandu sewa privet boleh menerima bantuan daripada Dana Bantuan Kewangan Covid-19 bagi Pemandu (CDRF), yang memberi $600 sebulan dari Januari hingga Mac dan $450 sebulan dari April hingga Jun tahun ini.



Pengarah U SME di Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling, berkata pihaknya memahami cukai petrol yang dinaikkan mendatangkan kesan secara langsung ke atas pemandu dan penghantar makanan.



"Selain rebat yang diberi pemerintah, yang bertujuan mengimbangi kenaikan cukai petrol, NTUC akan terus berunding dengan persatuan seperti Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) dan NPHVA, selain wakil khidmat penghantaran makanan, untuk melihat cara kami boleh memberi bantuan dan sokongan kepada mereka dalam tempoh sukar ini," kata Cik Yeo, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >