Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Drebar teksi dipenjara kerana pukul pemandu GrabCar

Jul 18, 2016 | 02:55 PM



SEORANG pemandu teksi menampar, menumbuk dan menendang seorang pemandu lain selepas beliau enggan menyahut cabarannya supaya mereka bergaduh, sebuah mahkamah diberitahu.

Johari Suhaimi, 35 tahun, dihukum penjara enam minggu pada Isnin (18 Julai) akibatnya.

Dia mengaku mencederakan seorang pemandu GrabCar, Encik Teng Moh Seh, 58 tahun, di Marina Boulevard di luar Tower 1 Pusat Kewangan Marina Bay Tower 1 pada kira-kira 8 malam pada 11 Disember tahun lalu.

Penolong Pendakwa Raya (APP) Dillon Kok berkata Encik Teng sedang memandu di lorong tengah Marina Boulevard, yang mempunyai tiga lorong, apabila Johari tiba-tiba memasuki lorong beliau sedang Encik Teng tiba di pintu masuk bangunan itu.

Encik Teng menggunakan brek kecemasan dan membunyikan honnya terhadap Johari.

Mereka kemudian bertekak dan bersetuju bercakap lagi di luar bangunan tersebut.

Selepas menghentikan teksinya, Johari pergi kepada Encik Teng dan menyuruh beliau keluar dari keretanya. Dia berkali-kali menjerit dan memarahi Encik Teng, yang cuba menjelaskan bahawa cara Johari memandu berbahaya.

Johari tetap bersifat agresif dan memaki hamun Encik Teng.

Walaupun orang ramai melihat, dia terus bertingkah laku agresif dan menggunakan dadanya untuk menolak Encik Teng, yang berundur.

"Tertuduh cuba mendorong mangsa supaya menumbuk dia. Namun, mangsa tidak bertindak balas," kata APP Kok.

Johari mengasari Encik Teng dan mencabar beliau berulang kali supaya pergi ke Central Boulevard untuk mereka bertumbuk. Johari kemudian berkata oleh kerana Encik Teng enggan, mereka akan bertumbuk di tempat kejadian. Dia menampar Encik Teng sebelum membuka bajunya.

Johari kemudian menumbuk perut Encik Teng dua kali dan menendangnya. Encik Teng berlutut kesakitan tetapi Johari terus mengejek beliau.

Johari turut mengambil gambar nombor pendaftaran kereta Encik Teng dan memanggil polis, menyatakan bahawa Encik Teng bersemuka dengannya dan menarik lehernya.

Sebuah video kejadian itu ditunjukkan di mahkamah.

APP Kok berkata Johari berulang kali mengejek mangsa. Dapat dilihat dari video, Johari tersenyum dan tidak melindungi sifat samsengnya.

Johari mempunyai rekod kesalahan dadah, kecurian, pecah masuk dan pemalsuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >