Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Drebar teksi, kereta sewa privet tidak perlu pakai PPE bawa pesakit

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Drebar teksi, kereta sewa privet tidak perlu pakai PPE bawa pesakit

Nov 04, 2021 | 05:30 AM

LANGKAH sedia ada untuk melindungi pemandu teksi dan kereta sewa privet apabila mengambil pesakit yang berkemungkinan menghidapi virus Covid-19 adalah mencukupi dan pemandu tidak perlu mengenakan Kelengkapan Perlindungan Peribadi (PPE), Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran) Dr Amy Khor.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan parlimen yang diajukan Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) dan Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang).

Mereka bertanya tentang langkah yang diambil untuk melindungi pemandu dari satu tempat ke satu tempat yang lain, ekoran protokol Covid-19 terbaru yang menasihati pesakit yang sedang menantikan hasil keputusan ujian reaksi rantai polimerase (PCR) untuk kembali ke rumah dengan menaiki pengangkutan privet, dan sama ada kenderaan ini disanitasi dan selamat.

Pesakit perlu beritahu pemandu tentang kedudukan kesihatan mereka, tambah Dr Khor.

Pemandu dinasihati untuk mematikan penghawa dingin, menurunkan jendela semasa dan selepas setiap perjalanan selain mencuci kenderaan selepas setiap perjalanan, katanya lagi.

Penumpang juga dinasihati duduk di belakang dan pepenjuru daripada pemandu.

"Kementerian Kesihatan telah menilai langkah-langkah ini mencukupi untuk mengurangkan risiko penularan virus dalam kenderaan dan tiada perlu bagi langkah perlindungan tambahan seperti memerlukan pemandu mengenakan PPE," katanya.

Tambahnya, sekitar 98 peratus pemandu teksi juga telah divaksinasi.

Dalam pada itu, sokongan juga telah diberikan kepada pemandu.

Kesemua pengendali teksi ditawarkan pengecualian sewa bagi pemandu yang tidak boleh memandu kerana dijangkiti Covid-19 atau perlu mengasingkan diri.

Selain itu, pemandu yang dijangkiti Covid-19 akibat tawarkan khidmat dalam keadaan kewaspadaan Covid-19 yang dipertingkat, seperti membawa individu yang didapati positif Covid-19 boleh memohon untuk dapatkan bantuan sekali sahaja sebanyak $3,000 melalui Dana Keberanian yang dikendalikan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3