Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Drebar treler diberkas sebab langgar dua budak di Woodands

Mar 17, 2018 | 05:30 AM



SEORANG pemandu treler berusia 28 tahun ditangkap kelmarin setelah didapati melanggar dua budak perempuan ketika mereka sedang menyeberang jalan di Woodlands.



Polis berkata, mereka diberitahu mengenai kemalangan tersebut yang berlaku di persimpangan Admiralty Road dan Marsiling Drive sekitar 5 petang.



Kededua budak perempuan berusia 12 tahun itu didapati masih sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).



Menurut laporan akhbar The Straits Times, kededua budak perempuan itu dikatakan mengalami kecederan di bahagian lutut.



Pemandu treler itu kemudian diberkas kerana memandu secara berbahaya, kata polis.



Adalah difahamkan pemandu tersebut sedang memusing ke kiri sebaik lampu isyarat bertukar kepada hijau, meskipun masih terdapat pengguna jalan raya yang masih menyeberang jalan pada masa itu.



Seorang saksi yang dikenali hanya sebagai Encik Huang memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa mangsa terperangkap di bawah kenderaan itu selepas dilanggar dan treler tersebut masih terus bergerak.



Ia hanya berhenti apabila Encik Huang menekan hon keretanya.



Mujur, mereka hanya mengalami kecederaan ringan kerana berada di tengah-tengah roda treler tersebut sewaktu ia bergerak.



Menurut akhbar itu, kedua-dua murid itu merupakan rakan sedarjah yang dilahirkan pada hari yang sama dan tinggal di blok yang sama di Marsiling.



Bapa kepada salah seorang budak perempuan itu memberitahu akhbar tersebut bahawa anak perempuannya patah kedua-dua kaki dan harus menjalani operasi.



Polis masih menjalankan siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >