Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Drebar van dipenjara kerana langgar lari penunggang motosikal

Jun 02, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pemandu van yang menukar lorong secara mendadak di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) melanggar seorang penunggang motosikal dan melarikan diri dari tempat kejadian, semalam, dipenjara dua minggu dan sehari.



Zainlai Mashot juga dilarang memandu selama dua tahun dan didenda $2,000.



Pada mulanya, dia enggan mengaku bersalah selepas dijejaki polis menyusuli insiden pada 7 September 2018 itu.



Namun, Zainlai hanya mengaku bersalah selepas ditunjukkan video insiden tersebut oleh polis.



Semalam, Zainlai, 45 tahun mengaku bersalah kepada beberapa tuduhan termasuk menyebabkan kecederaan teruk kerana perbuatan cuai, gagal berhenti selepas kemalangan dan mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tanpa kebenaran polis.



Video itu menunjukkan van sewa yang dipandu Zainlai melanggar motosikal dan penunggangnya tercampak ke jalan raya. Ia juga menunjukkan Zainlai memandu van meninggalkan tempat itu.



Mangsa, yang berusia 24 tahun pada ketika itu mengalami keretakan di siku dan calar dan luka di lengan dan kaki. Beliau dirawat di hospital selama empat hari dan diberikan cuti sakit 50 hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >