Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENERBANGAN

Dron 'falcon' berjaya halau burung dari ruang udara dekat lapangan terbang

Dec 11, 2018 | 05:30 AM



PEMANDANGAN sekumpulan burung berterbangan bebas di ruang udara mungkin menakjubkan bagi sesetengah orang.



Namun, ini juga boleh mendatangkan masalah seperti gangguan dan kerosakan kepada pesawat apabila mereka berlanggar.



Malah dalam sesetengah kejadian, burung yang berlanggar dengan pesawat juga boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini seperti pesawat yang membuat pendaratan kecemasan atau lebih teruk lagi, menyebabkan nahas sehingga membahayakan penumpang.



Oleh itu, saintis di Universiti Twente di Enschede, Belanda, telah membuat sejenis dron yang bentuknya seperti burung falcon untuk menakutkan burung lain dari ruang udara dekat lapangan terbang.



Namun, tidak seperti dron biasa, burung robot yang dikenali sebagai Robird itu berupaya memastikan burung lain mengelak daripada terbang di kawasan tersebut kerana percaya ia telah dimasuki pemangsa.



Pengerusi fakulti robotik dan mekatronik di Universiti Twente, Profesor Stefano Stramigioli, berkata Robird mempunyai saiz, berat dan bentuk yang sama seperti burung peregrine falcon yang betul.



"Malah, kekerapan ia mengibaskan sayapnya juga sama. Oleh itu, apabila burung lain melihatnya, burung itu juga akan terbang pergi dan tidak kembali lagi selama sekurangkurangnya seminggu.



"Ini akan menjadikan usaha mencapai matlamat kami lebih berkesan," ujarnya.



Tambahnya, Robird lebih berkesan berbanding menggunakan alat lain yang digunakan kakitangan di sesetengah lapangan terbang sekarang, seperti alat yang boleh mengeluarkan bunyi kuat untuk menakutkan burung dan cahaya laser.



Namun, Profesor Stramigioli berkata burung kenal taktik yang digunakan itu dan mereka akan tetap kembali.



Kalau dron biasa digunakan pula, burung yang melihat dron biasa itu akan pergi seketika dan kembali sejurus dron itu tidak lagi terbang di udara, tambahnya.



Namun, apabila mereka melihat Robird yang bentuk dan tingkah lakunya seperti burung pemangsa yang betul, lama-kelamaan mereka akan mengelak daripada kawasan itu kerana menganggapnya kawasan perburuan burung pemangsa.



Selain bagi tujuan keselamatan penerbangan, Robird juga boleh digunakan dalam keadaan lain seperti untuk menghalau burung dari ladang pertanian bagi mengelak daripada mereka merosakkan hasil tani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >