Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dron pantau mutu air, kegiatan di 6 kolam air S'pura

May 27, 2021 | 03:38 PM



SEBUAH dron tanpa pemandu akan menjadi satu perkara biasa kelihatan di enam kolam air Singapura sebagai sebahagian usaha agensi air nasional PUB  memanfaatkan teknologi bagi operasi hariannya.



Dron ini akan dikerahkan ke Kolam Air MacRitchie dan Marina dahulu pada hujung bulan ini manakala empat lagi dron akan berlegar di Kolam Air Serangoon, Kranji, Lower Seletar dan Lower Peirce sewaktu suku ketiga tahun ini.



Dalam satu kenyataannya pada Khamis (27 Mac), PUB berkata dron-dron ini dilengkapi sistem pengesanan jauh dan kamera bagi analitik video masa nyata.



Ciri-ciri ini akan membolehkan dron tersebut membantu memantau mutu air dan mengawasi kegiatan air seperti memancing dan berdayung.



Enam kolam air ini dipilih berdasarkan keperluan operasi PUB serta faktor lain seperti saiz dan ketersampaian kolam air ini untuk didekati orang ramai serta kewujudan kegiatan air di situ, jelas jurucakap PUB.



Sebagai contoh, Kolam Air Marina dan MacRitchie terkenal sebagai tapak memancing dan kegiatan air lain lantas menggunakan dron membolehkan PUB memantau kegiatan sebegitu dengan lebih berkesan.



Buat masa ini, pegawai PUB menjalankan rondaan harian di mana mereka akan mencari ruang dengan tumbuhan berlebihan seperti tumbuhan akuatik dan rebak alga serta memastikan kegiatan air dijalankan dengan selamat.



PUB menambah sekitar 7,200 jam-manusia dihabiskan bagi rondaan setiap tahun di enam kolam air ini. Ia menganggarkan sekitar 5,000 jam-manusia dapat dijimatkan dengan memasang dron tanpa pemandu bagi membantu tugas rondaan ini.



Pengarah Jabatan Kawasan Tadahan dan Laluan Air PUB, Encik Yeo Keng Soon, berkata:



"Dengan dron ini, kami boleh menyalur tenaga kerja bagi tugasan lebih kritikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan pagar kolam air serta operasi pam dan injap.



"Dron ini juga bertindak sebagai sistem amaran yang memperkukuh masa respons kami terhadap pelbagai isu yang perlu ditangani pegawai PUB secara harian."



Kerahan dron PUB ini dibuat menyusuli sesi ujian yang dikendalikan tahun lalu bersama ST Engineering dan menggunakan sistem operasi syarikat itu, DroNet.



Sofwe membantu menganalisa mutu air di samping menggunakan analitik video bagi menunjukkan keprihatinan seperti pengail memancing di kawasan yang tidak sewajarnya.



Selepas itu, pegawai PUB dimaklumkan tentang apa jua hasil penemuan menerusi telefon bimbit mereka dengan menggunakan aplikasi pesanan Telegram.



Ini membolehkan pegawai PUB bertindak tepat pada masanya dan dengan segera dapat menangani kes darurat yang menimbulkan bahaya kepada orang awam, kata PUB.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >