Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:30

Dron pengawas bahaya dari udara

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

ALAT TEKNOLOGI TINGGI HOME TEAM

Dron pengawas bahaya dari udara

Jan 26, 2022 | 05:30 AM

TIDAK ramai yang tahu, seorang lelaki yang melarikan diri daripada polis di Jurong pada Mac tahun lalu akhirnya ditangkap dengan bantuan dron.

Lelaki tersebut telah masuk ke kawasan hutan untuk mengelak pemeriksaan polis di Jalan Bahar dan dilihat sedang bersembunyi di tapak binaan berhampiran selepas dua jam mencari dengan menggunakan dron.

Penolong Superintenden Tan Koon Liang, juruterbang dron yang terlibat dalam kejadian ini, berkata:

"Dron itu memberi kami keupayaan memantau sebuah kawasan dari udara dan kami melihat lelaki itu yang berkelakuan mencurigakan."

ASP Tan, yang telah menerbangkan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) untuk polis sejak 2018, menambah:

"Tanpa dron, kami perlu mempunyai lebih ramai tenaga kerja di darat, jadi dron ini melengkapkan kerja pegawai kami."

Dengan berat 7 kilogram dan bersaiz kira-kira 1 meter persegi, dron yang digunakan dalam operasi itu adalah salah satu daripada dua alat terbaru dalam armada UAV polis yang didedahkan kepada media di Pusat Taktikal Home Team baru-baru ini.

Timbalan Superintenden Polis Sum Tuck Meng, pegawai yang bertanggungjawab bagi operasi UAV, berkata di acara itu bahawa dron polis digunakan dalam empat jenis operasi utama - pengawasan, menempatkan polis di sesebuah kawasan, penguatkuasaan, serta operasi mencari dan menyelamat.

Namun polis enggan memberikan butiran lain seperti kelajuan maksimum UAV dan saiz armada dron yang ada atas sebab operasi.

Dron seberat 7 kilogram, yang tidak mempunyai nama, digunakan untuk menguruskan khalayak ramai dan bagi memastikan keselamatan di sesebuah acara.

Ia juga dilengkapi dengan penderia haba dan kamera untuk membantu polis memerhati pergerakan orang ramai dan mengenal pasti kelakuan yang mencurigakan.

Baru-baru ini dron boleh dilihat di kawasan udara Marina Bay pada malam Tahun Baru, untuk memantau pergerakan orang ramai dan mencegah perbuatan yang tidak dibenarkan.

Sebagai contoh, dron yang dilengkapkan dengan alat mengimbas haba itu boleh menunjukkan sebarang pergerakan serta-merta, seperti orang bersurai atau berhimpun dengan ketara.

Ia juga boleh dilengkapkan dengan lampu suluh 'spotlight' dan alat pembesar suara untuk memberikan amaran dan makluman berupa nasihat.

Lampu polis merah-biru pula dihidupkan semasa melakukan rondaan di tempat awam untuk memberitahu orang ramai tentang kehadiran polis.

Dalam pada itu, polis juga melancarkan dron seberat 1 kilogram yang lebih kecil dan dengan saiz kira-kira 30 sentimeter persegi.

Dron ini berguna dalam ruang sempit dan memerlukan masa yang berkurangan untuk disiapkan bagi operasi.

Ia boleh dipasang dengan teknologi yang sama seperti dron lebih besar, tetapi pada skala yang lebih kecil.

DSP Sum berkata dron ini akan membantu mengurangkan ketidakpastian dan meningkatkan keupayaan polis semasa operasi.

Secara berasingan, polis menambah:

"Pegawai hanya boleh melihat apa yang berada di depan mata mereka, tetapi dron di udara boleh melihat sesuatu yang tidak kena secara lebih awal (berbanding pegawai di darat)."

Polis juga memberi contoh penggunaan dron dalam operasi mencari dan menyelamat pada Mac tahun lepas di mana dron seberat 7 kilogram digunakan untuk mengesan seorang pejalan kaki di Hutan Clementi.

Sebaik sahaja pejalan kaki itu ditemui oleh pegawai polis, dron itu digunakan untuk mengenal pasti laluan keluar di tengah-tengah tumbuhan yang lebat.

Dron itu diterbangkan oleh juruterbang UAV di bawah Pasukan Tindak Balas Udara yang ditugaskan tahun lepas.

Polis berkata juruterbang itu diiktiraf oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan menjalani latihan ketat dengan polis.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3