Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua acara sukan dianjur demi kukuh hubungan penduduk

Mar 16, 2014 | 02:42 PM



ORANG ramai boleh bertanding dalam pelbagai sukan atau menyertainya secara suka-suka menerusi dua acara sukan masyarakat yang dilancarkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, tadi.


Acara Sukan Masyarakat (CG) yang akan berlangsung sehingga 31 Mei ini bertujuan memperkukuh hubungan antara penduduk berlainan usia dan bangsa serta mereka yang berasal daripada latar belakang dan estet perumahan yang berlainan.


Antara sukan yang boleh disertai orang ramai menerusi CG termasuk badminton, bola sepak, sepak takraw dan bola keranjang. Pendaftaran tutup pada 24 Mac.


Sementara itu, mereka yang ingin mencuba kegiatan sukan secara suka-suka boleh menikmati pelbagai aktiviti yang diubahsuai bagi memastikan ia boleh dilaksanakan setiap penduduk tanpa mengira keupayaan fizikal mereka, menerusi Pesta Sukan Masyarakat (CSF).


Antara kegiatan yang boleh diadakan di CSF, yang akan diadakan di beberapa tempat serata Singapura sehingga Jun ini, termasuk zumba, tarik tali, futsal, tarian K-Pop dan sebagainya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >