Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua agensi keselamatan didakwa tetapkan waktu kerja lebih 12 jam

Oct 14, 2021 | 03:58 PM



DALAM usaha membasmi amalan kerja tidak wajar dan melindungi pekerja daripadanya, dua agensi keselamatan swasta telah dibawa ke muka pengadilan kerana menetapkan agar pekerja mereka bertugas antara 17 hingga 20 jam sehari. 



Erawan Security Services dan Volantra Security, setiap satu didakwa pada Khamis (14 Oktober), di bawah Akta Pekerjaan kerana menetapkan agar pekerja mereka bertugas lebih daripada 12 jam sehari bagi beberapa hari antara Februari dengan Mac.



Erawan berdepan dengan dua tuduhan manakala Volantra pula dihadapkan dengan tiga tuduhan.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memeriksa sekitar 200 agensi keselamatan swasta dari April hingga Ogos dengan memantau jika waktu kerja dan had kerja lembur mereka sejajar dengan ketetapan yang sudah diputuskan.



Ia kemudian mendapati sekitar sepertiga daripada agensi ini telah melanggar peraturan.



Sedang kebanyakan daripada mereka melakukan kesilapan kecil, MOM berkata ia akan mengambil tindakan ke atas 15 agensi kerana mengatasi batasan waktu kerja.



Dalam satu kenyataan pada Khamis, MOM berkata siasatannya mendapati pegawai keselamatan daripada Erawan dan Volantra  diperintah agar bekerja syif tanpa henti.



Ia menambah bahawa pemegang taruhnya telah berusaha memperbaiki pendapatan yang diterima serta kesejahteraan sekitar 50,000 pegawai keselamatan sejak penubuhan Kelompok Tiga Pihak Keselamatan (Security Tripartite Cluster) pada 2013.



Kelompok ini terdiri daripada wakil dari kesatuan, majikan, pembeli perkhidmatan dan pemerintah. Pada 2017, kelompok ini telah membuat usulan bagi mengetepikan pengecualian kerja lembur bagi sektor ini sejak Januari 2021.



Pemerintah menerimanya dengan sektor keselamatan tidak lagi dikecualikan daripada had waktu kerja lembur selama 72 jam setiap bulan.



Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Piawaian Pekerjaan, MOM, Cik Christine Loh, berkata pihak kementerian komited dalam melindungi kebajikan pekerja.



"Sedang kami terus mendidik pekerja mengenai hak mereka, kami juga akan menjalankan pemeriksaan tapak kerja secara tetap dan mengambil tindakan tegas ke atas majikan yang menyeleweng dan didapati melanggar undang-undang," tambahnya.



"Agensi keselamatan harus merujuk pada butiran 'Penasihat Tiga Pihak Mengenai Memastikan Kemampanan Sektor Keselamatan Melihat Pada Covid-19' bagi merancang lebih awal, mempertingkat huraian dibantu teknologi bagi memanfaatkan sepenuhnya tenaga kerja," jelas Cik Loh lagi.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai pelanggaran undang-undang dinasihatkan agar melaporkan perkara ini kepada MOM menerusi laman webnya. Semua keterangan akan dirahsiakan.



Majikan yang menyeleweng dan didapati melanggar Akta Pekerjaan boleh didenda hingga $5,000 bagi setiap kesalahan.



Pesalah berulang boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $10,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >