DUA wanita Melayu mengharumkan nama Singapura dengan merangkul dua pingat emas di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Susuk Badan Dunia keenam awal minggu ini.
Suharni Mohammad memenangi pingat emas dalam kategori Bina Badan Wanita, manakala Nur Farina MJ Ismail muncul sebagai juara bagi kategori Susuk Badan Atletik Wanita melebihi ketinggian 165 sentimeter dalam pertandingan yang diadakan di Mumbai, India.