Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua alami kesan buruk lepas makan produk kandung bahan kuat tidak diisytihar

Mar 02, 2022 | 05:30 AM



DUA orang mengalami kesan buruk setelah makan produk yang mengandungi bahan kuat yang tidak diisytiharkan, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA) semalam.



Produk itu ialah Traditional Herbs Preparation XPE dan FS++ Slimming Supplements By JPJ Slim.



HSA menasihati orang ramai agar mengelak daripada membeli atau makan produk ini, dan bagi mereka yang telah mengambilnya agar berjumpa doktor segera.



Dalam kenyataannya, HSA berkata ia menemui bahan lancung kuat, termasuk bahan perubatan dan sibutramine, bahan yang terlarang, dalam produk itu.



Seorang wanita berusia 60-an tahun telah mengambil Traditional Herbs Preparation XPE semalam lebih sembilan bulan untuk mengurangkan sakit sendi.



Beliau menerima produk itu daripada seorang rakan yang mendapatkannya di Malaysia. Produk itu dipasarkan untuk kesihatan umum dan menyenaraikan pelbagai herba semula jadi sebagai bahannya.



"Walaupun pengguna itu mengalami kelegaan cepat bagi sakit sendinya, sakit itu bertambah teruk apabila beliau berhenti mengambilnya atau mengurangkan dos," kata HSA, yang menambah bahawa hal ini menimbulkan kesangsian doktor wanita itu terhadap produk tersebut.



Setelah menguji produk itu, HSA mengesan enam bahan perubatan: dexamethasone, chlorpheniramine, ibuprofen, lovastatin, chloramphenicol dan tetracycline.



Penggunaan steroid jangka panjang tanpa pengawasan seperti dexamethasone boleh menyebabkan sindrom Cushing dan peningkatan tahap gula dalam darah, yang boleh menyebabkan kencing manis, kata HSA.



HSA juga menerima maklum balas daripada pengguna yang mengambil FS++ Slimming Supplements By JPJ Slim dan beliau mengalami insomnia, sakit kepala dan kekeliruan.



HSA menemui sibutramine dalam kapsul setelah mengujinya.



HSA menambah bahawa pengambilan produk itu secara berterusan boleh membawa kepada kesan kesihatan serius seperti masalah jantung dan gangguan sistem saraf pusat seperti psikosis dan halusinasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >