Dua anak biawak bengal menetas di zoo S'pura
Feb 20, 2020 | 05:30 AM
TAMAN Haiwan Singapura menyambut kemunculan dua ekor anak biawak bengal jenis crocodile monitor yang pertama pada November tahun lalu.
Ia satu pencapaian penting kerana kedua-duanya merupakan generasi kedua spesis itu yang pertama di dunia yang menetas dalam sebuah taman haiwan, lapor The Straits Times.