Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua anak muda ditangkap, disyaki mencuri motosikal

Jul 04, 2019 | 08:14 AM



DUA lelaki berusia 19 tahun dan 22 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes mencuri motosikal.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam semalam, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata mereka menerima laporan pada 2 Julai sekitar 7 malam bahawa sebuah motosikal telah dicuri di Anchorvale Crescent.



Selepas melakukan siasatan, pegawai dari Divisyen Polis Bedok dapat mengenal pasti identit lelaki yang terlibat dan telah memberkas mereka pada hari yang sama.



Motosikal yang dicuri juga telah dijumpai.



Lelaki-lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah hari ini, dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.



Sementara itu, polis telah menasihatkan pemilik motosikal untuk mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak dari menjadi mangsa jenayah.



Panduan diberikan Polis bagi mengelak motosikal dicuri:



- Letakkan motosikal anda di kawasan yang terang;



- Pasang penggera anti-kecurian pada motosikal anda;



- Gunakan kanvas motosikal untuk menutupi motosikal anda;



- Gunakan peranti kunci tambahan seperti kunci brek cakera (disk brake lock) atau memasang pengawal penggantung (suspension guard); dan



- Pastikan anda keluarkan kunci pencucuhan (ignition key) dan mengunci motosikal anda setiap kali ia ditinggalkan tanpa pengawasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >