Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua bas bertembung di Pusat Pertukaran Bas Bukit Batok, 1 bas terbalik ke sisi

Jul 11, 2021 | 08:45 PM



DUA bas terlibat dalam satu kemalangan di Pusat Pertukaran Bas Bukit Batok pada petang Ahad (11 Julai), menyebabkan satu daripadanya terbalik ke sisi.



Bas-bas itu, yang kedua-duanya menawarkan perkhidmatan 'feeder' 945, dikendalikan oleh Tower Transit. 



Seorang jurucakap pengendali itu memberitahu The Straits Times (ST) bahawa 16 orang terlibat dalam kemalangan itu - dua pemandu dan 14 penumpang. 



Kesemua 14 penumpang berada dalam bas yang terbalik itu.



Bas yang satu lagi tidak membawa penumpang apabila kemalangan itu berlaku sekitar 5 petang.



Jurucakap itu tidak menyatakan berapa teruk kecederaan yang dialami mereka yang terlibat. 



Anggota Parlimen (AP) Bukit Batok, Encik Murali Pillai, dalam satu kiriman di Facebook bagaimanapun berkata lima orang mengalami "kecederaan lebih serius".



"Tiada yang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa," katanya.



Mereka yang memerlukan rawatan dibawa ke hospital.



Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila satu bas - yang tidak membawa penumpang - sedang membuat pusingan-U di dalam pusat pertukaran bas itu. 



Ia bertembung dengan bas kedua, yang sedang memasuki pusat pertukaran bas itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >