Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua bayi diberi racun oleh pengasuh sejak 2016

Dec 08, 2020 | 05:30 AM



DALAM dua kejadian berasingan pada November dan Disember 2016, dua bayi yang tiada kaitan antara satu sama lain telah diracuni dengan pelbagai campuran ubat oleh pengasuh mereka.



Salah seorang bayi berusia hanya lima bulan pada waktu itu, sementara lagi satu 11 bulan.



Mereka yang di bawah penjagaannya diberi pelbagai ubat, termasuk ada yang digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan dan insomnia.



Semalam, pengasuh itu dihukum penjara tujuh tahun.



Setelah perbicaraan lebih awal, Sa'adiah Jamari, 39 tahun, disabit kesalahan oleh Hakim Daerah John Ng atas dua tuduhan memberi racun kepada kanak-kanak perempuan kecil itu.



Sa'adiah sedang membuat rayuan terhadap sabitan dan hukumannya, dan dibebaskan dengan ikat jamin $20,000.



Mangsa dan ibu-ibu mangsa tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti kanak-kanak itu.



Ibu perempuan yang lebih muda itu, 29 tahun, telah memberi keterangan sewaktu perbicaraan bahawa pada Oktober 2016, bahawa beliau memerlukan pengasuh untuk bayinya dan anak perempuannya yang lebih tua, yang waktu itu berusia lima tahun.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan sekiranya apa-apa racun telah dijumpai dalam badan anak perempuan lebih tua.



Sa'adiah mula menjaga anak-anak itu awal November tahun itu.



Setelah beberapa lawatan ke rumah pengasuh, ibunya mendapati bahawa bayinya kelihatan suka meragam.



Kali keempat ia berlaku, ibunya membawa anaknya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada lewat November 2016.



Mahkamah diberitahu profesional penjagaan kesihatan berkata tiada bahan racun didapati dalam bayi itu.



Ibunya kemudian membawanya ke Hospital Parkway East bulan seterusnya apabila keadaan anaknya tidak bertambah baik.



Anaknya dimasukkan wad selama sekitar lima hari dan ibunya menerima laporan hospital yang menyenaraikan beberapa bahan yang dikesan dalam badan bayi itu.



Ini termasuk ubat tidur temazepam, antihistamine chlorpheniramine dan alprazolam, yang digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan.



Ibu bayi lagi satu mangsa, 22 tahun, juga memberi keterangan di mahkamah, memberitahu Hakim Ng bahawa beliau memerlukan seseorang untuk menjaga bayinya pada petang Krismas 2016.



Setelah teman lelakinya mengambil bayi itu sekitar 6 pagi keesokan hari, wanita itu mendapati anaknya kelihatan "penat".



Bayi itu kemudian dibawa ke KKH pada hari itu.



Sampel air kencing yang diambil kemudian didapati mengandungi bahan termasuk alprazolam.



Bagi setiap tuduhan menyebabkan kecederaan dengan racun, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.



Sa'adiah tidak boleh disebat kerana dia wanita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >