Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua belia dalam reman di jel Changi serang banduan hingga cedera teruk

Sep 25, 2021 | 05:30 AM



DUA pesalah muda sedang direman di Kompleks Penjara Changi sementara menunggu laporan kesesuaian menjalani latihan pemulihan apabila mereka menyerang seorang tahanan.



Serangan itu membuat mangsa Indarjeet Singh Gopal Singh, 58 tahun, cedera parah di kepala dan perlu dibantu melakukan kegiatan harian disebabkan gangguan ke atas daya kognitifnya.



Keadaannya kelihatan semakin baik sekarang.



Sebelum serangan pada 17 September tahun lalu itu, salah seorang belia tersebut, Noor Awwalludeen Jamil, 19 tahun, telah disabitkan dengan beberapa kesalahan termasuk berkaitan dadah.



Dia kemudian disabitkan dengan kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan serius ke atas Singh dan dijatuhi hukuman penjara sembilan setengah tahun dan sebat 11 kali.



Sehari sebelum serangan itu, penyerang kedua, Muhammad Rahmat Abu Bakar, yang berusia 20 tahun ketika itu, mengaku bersalah bagi penggunaan dadah, serta kesalahan berkaitan pinjaman wang dan trafik.



Warga Singapura itu dijatuhi hukuman menjalani program pemulihan pada bulan berikutnya.



Pesalah dalam program pemulihan ditahan di sebuah pusat dan perlu mengikuti rejim ketat yang termasuk latihan berbaris dan kaunseling.



Rahmat, yang sekarang berusia 21 tahun, masih menjalani latihan reformatif.



Semalam, dia mengaku bersalah bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan serius ke atas Singh.



Rahmat dijangka dijatuhkan hukuman pada 3 November.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Norine Tan berkata pada waktu itu, Noor dan Rahmat duduk dalam satu sel sementara Singh di sel lain berdekatan.



Singh tidak berpuas hati terhadap sekumpulan tahanan lebih muda, termasuk Noor dan Rahmat, kerana mereka "terlalu bising" pada beberapa malam.



Dia menyuruh mereka diam tetapi tidak berhasil lalu memarahi mereka dari selnya setiap kali mereka membuat bising.



Singh kemudian menulis catatan kasar kepada tahanan lebih muda itu, menghina mereka dan ibu mereka. Akibatnya, keadaan menjadi lebih tegang antara mereka hingga membawa kepada serangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >