Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dua belia radikal sendiri ditahan di bawah ISA

May 27, 2015 | 04:21 PM

DUA belia belasan tahun warga Singapura ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah didapati terpengaruh dengan propaganda ekstremis dan menjadi radikal sendiri.

M Arifil Azim Putra Norja'i, 19 tahun, ditahan bulan lalu setelah didapati terlibat dalam kegiatan berhubung pengganasan, termasuk melahirkan keinginan melakukan serangan ganas di negara ini.

Seorang lagi belia berusia 17 tahun, yang namanya tidak didedahkan, ditahan pada bulan ini untuk siasatan lanjut bagi menentukan tahap radikalnya.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini, siasatan menunjukkan Arifil, seorang pelajar posmenengah, membuat rancangan menyertai kumpulan pengganas ISIS.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3