Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Dua beradik 17 dan 25 tahun diberkas kerana disyaki sertai kegiatan dadah dalam Telegram

Jan 12, 2023 | 05:23 PM



PEGAWAI Biro Narkotik Pusat (CNB) menahan dua beradik - seorang pelajar berusia 17 tahun dan abangnya berusia 25 tahun - kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah pada 10 Januari.



Dadah dengan anggaran nilai jalanan $124,000 telah dirampas semasa operasi itu.



Dadah rampasan itu termasuk sejumlah kira-kira 1,073 gram ganja, 85 gram Ice, 43g ketamin, 310 gram pil Ecstasy, 538 tablet Erimin-5 dan 198 setem LSD.



Siasatan awal mendapati dadah terkawal yang dirampas mungkin ada kaitan dengan transaksi dadah yang dijalankan di Telegram.



Pegawai CNB menahan remaja itu di kawasan Jurong West Street 93 pada 10 Januari.



Sekitar 446 gram ganja, 18 gram Ice, 5 gram ketamin, 5 gram tablet Ecstasy, 90 pil Erimin-5 dan pelbagai peralatan dadah ditemui padanya.



Pegawai CNB mengiringi remaja itu ke rumahnya di kawasan sama, dan menemui kira-kira 627 gram ganja, 67 gram Ice, 38 gram ketamin, 305 gram tablet Ecstasy, 448 pil Erimin-5 dan 198 setem LSD di situ.



Abangnya turut ditahan di unit berkenaan. CNB berkata ia mengetahui kewujudan beberapa pesalah dan sindiket dadah yang menggunakan aplikasi kiriman pesanan yang tersulit seperti Telegram untuk menjalankan aktiviti dadah mereka.



CNB berkata: “Pesalah dadah ini mungkin berfikir bahawa aplikasi sedemikian boleh membantu untuk mereka tidak dikenali dalam menjalankan aktiviti haram mereka, dan mengelak daripada pengawasan CNB.



"CNB memantau perkembangan sedemikian dengan teliti, dan telah mengambil tindakan penguatkuasaan tetap terhadap pesalah dadah yang menggunakan platform Telegram untuk aktiviti mereka.



"Tidak kira platform atau taktik yang digunakan dalam percubaan untuk mengelak daripada dikesan, tiada tempat selamat untuk pesalah dadah di Singapura."



The Straits Times sebelum ini melaporkan bahawa CNB telah menahan 77 pengedar dadah yang dikaitkan dengan transaksi Telegram antara Januari 2019 dengan 17 September 2021.



Lima daripada mereka diketahui sebagai pengendali saluran dadah Telegram, yang selalunya cukup besar skalanya sehingga mereka mampu mengiklankan khidmat dalam kumpulan Telegram.



Dalam tempoh itu, CNB turut menahan 154 penyalahguna dadah yang dikaitkan dengan urus niaga Telegram, dengan 71 peratus daripada mereka yang ditahan di bawah umur 30 tahun.



Orang ramai boleh melaporkan aktiviti berkaitan dadah kepada CNB di laman https://www.eservices.cnb.gov.sg/feedback, atau menghubungi talian hotline CNB di 1800-325-6666.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >