YANG kakak, Cik Fatimah Mohsin adalah seorang usahawan mapan.
Adiknya, Cik Nur Hannan Mohsin pula ialah adalah pakar dandanan rambut yang berbakat.
Bersama-sama mereka berkongsi matlamat - beriltizam untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan mereka dalam urusan kecantikan, membina keyakinan terutama bagi kaum wanita.
Salun rambut The Right Look Beauty Lounge yang terletak di 59 Arab Street tidak sahaja memberi khidmat menyeluruh mengenai dandanan dan penjagaan rambut termasuk gunting, rawatan dan pewarnaan, bahkan juga khidmat solekan dan mengemas alis.
Ia juga mempunyai ruang untuk kursus-kursus dan sesi perbincangan berkaitan bidang memperkasa wanita.
Dibuka setiap hari kecuali Ahad.
Untuk pertanyaan lanjut, hantarkan mesej terus ke Instagram @therightlook.sg atau WhatsApp 8600-2213.