Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua budak lelaki dirakam rosakkan kunci basikal sewa

Dec 10, 2017 | 04:30 PM



 



 



AKSI dua budak lelaki - yang merosakkan kunci di basikal sewa sebelum menunggang pergi basikal itu - telah dirakamkan di video.



Video sepanjang 55 saat itu, yang dimuat naik ke Facebook pada malam Sabtu  (9 Disemver) telah disebar luar di dalam talian, dan menunjukkan budak-budak lelaki itu di kolong blok flat Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB).



Seorang budak lelaki dirakam menggunakan objek menyerupai tukul untuk mengetuk kunci sebuah basikal milik syarikat sewa basikal ofo itu. Sebelum itu, beliau dilihat mengheret basikal miliki syarikat oBike  yang terjatuh.



Selepas merosakkan kunci di basikal itu, rakan budak lelaki itu kemudian menunggangnya dan kededua budak lelaki itu beredar dengan menunggang dua basikal ofo.



Jurucakap ofo yang dihubungi akhbar The Straits Times (ST) berkata ia sedar akan insiden itu.



“Dalam kes sebegini, kami tidak akan berfikir dua kali untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan pengguna kami masih berpeluang menikmati dan memanfaatkan khidmat perkongsian basikal kami,” katanya.



Jurucakap itu berkata insiden seperti itu berlaku kepada kurang satu peratus basikal yang dimilikinya di Singapura.



 Bulan lalu, satu pasangan dirakamkan melongar sekurang-kurangnya dua basikal oBike ke longkang.



Difahami, pasangan itu telah menyerahkan diri kepada polis.



Polis memberitahu ST bahawa seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang wanita berusia 36 tahun sedang membantu siasatan.



Jika didapati bersalah membuat kacau, mereka boleh dipenjarakan sehingga setahun atau/dan disaman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >