Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Mulanya karang buku untuk anak... kini jadi penulis buku kanak-kanak dan awal remaja

Oct 20, 2021 | 05:30 AM



KIRA-KIRA 20 tahun lalu, bahan pembacaan bahasa kanak-kanak dalam konteks Singapura agak berkurangan.



Mengatasi masalah tersebut, Cik Hana Mohd menyiapkan buku latihan bahasa Melayu sendiri untuk anak-anaknya yang di bangku sekolah rendah.



Usaha yang membawa kepada kecemerlangan anak-anak beliau itu membuat sebahagian ibu bapa meminta beliau menjual cetakan salinan latihan.



Beliau lalu mula mengkomersialkan bahan bantuan mengajar untuk ibu bapa dan guru-guru.



Cik Hana, pengasas syarikat penerbitan Alam Cahaya, menerangkan bahawa beliau mula menulis buku sendiri pada 2012, iaitu tiga buku bertahap dengan setiap satu mempunyai lapan cerpen yang sesuai untuk kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun.



"Buku tersebut disediakan dengan lampiran kertas kerja berpandukan kefahaman cerpen tersebut. Justeru, saya mendapat banyak permintaan daripada ibu bapa dan pihak sekolah kerana kesesuaian buku itu dengan pembelajaran sekolah rendah.



"Secara perlahan-lahan, saya menghasilkan lebih banyak bahan bantuan mengajar sekolah.



"Bermula dari situ, arah tuju saya telah membawa saya kepada apa yang dicapai hari ini," kata Cik Hana.



Beliau, yang sudah menulis hampir 21 buah buku cerita kanak-kanak, turut berkongsi tentang dua buku terbaru yang ditulis dalam konteks Singapura bertajuk Hari Keharmonian Kaum di Sekolah Saya dan Kain Songket Ibu.



Beliau berkata: "Kebelakangan ini, banyak isu ras yang menjejas keharmonian kaum. Oleh itu, kita perlu beri kesedaran kepada para pelajar dan pembaca cilik kerana mereka akan mewarisi kehidupan masa depan.



"Dengan itu, ia menjadi satu kewajaran untuk menghasilkan buku Keharmonian Kaum di Sekolah Saya sebagai satu pendedahan bacaan pelajar. Ia akan menyedarkan mereka tentang kepentingan memahami dan menghormati budaya bangsa lain dari sudut permainan, makanan, alat muzik tradisional, warisan tradisional dan banyak lagi," katanya lagi.



Terdapat plot dan pengajaran yang diselitkan, dengan beliau menceritakan kisah seorang pelajar yang tidak sengaja merosakkan lukisan dengan menumpahkan air pada lukisan kolam yang dihasilkan oleh seorang pelajar India.



Kemudian, semua pelajar India, Cina dan Melayu bergabung tenaga melukis semula kolam tersebut.



Untuk buku Kain Songket Ibu pula, beliau menerangkan tentang kain songket melalui cerita seorang ibu menghadiahkan kain songket kepada anaknya. Kemudian, kain warisan itu dijadikan kain samping pada hari keharmonian kaum. Apabila anak itu terlalu gembira dengan kain samping, dia berlari sehingga kainnya terkena pasak pintu, menyebabkan kain tersebut berlubang. Akhirnya, dia jadikan kain berlubang itu sebagai tanjak.



"Daripada kain songket, ia bertukar menjadi kain samping dan kemudian menjadi tanjak.



"Secara jelas, buku ini mengangkat kepentingan warisan Melayu, unsur moral, kasih ibu dan pelbagai lagi.



"Saya turut meletakkan aktiviti uji minda pelajar, informasi kebudayaan dan kamus bergambar untuk kedua-dua buku ini bagi menarik perhatian para pembaca."



Menurut Cik Hana lagi, adalah penting bagi seorang kanak-kanak memahami sesuatu bahan bacaan.



Menurutnya, ramai para pelajar sekolah tidak faham kandungan sesebuah buku import kerana konteksnya berbeza daripada Singapura.



"Mereka tahu membaca tetapi mungkin tidak tahu makna. Jadi, saya menghasilkan buku berdasarkan konteks Singapura yang bersifat interaktif.



"Apabila mereka faham apa yang dibaca, mereka akan menghayati cerita tersebut.



"Penggunaan ayat juga harus sesuai dengan kanak-kanak dan bersifat santai.



"Lebih mustahak, mereka boleh memahami apa yang hendak disampaikan. Oleh itu, pembacaan buku bentuk sebegini akan meningkatkan jumlah peratusan minat pelajar terhadap bahasa Melayu. Para ibu bapa dan guru juga dapat berinteraksi dengan pelajar di rumah, mahu pun di bilik darjah."



Beliau turut menyasarkan 56 judul hasil kerjanya untuk diterbitkan pada tahun ini sebagai koleksi pencapaian peribadi sempena menyambut kelahiran yang ke-56 dan Hari Kebangsaan Singapura.



Cik Hana berharap dapat meluaskan pasaran syarikat Alam Cahaya di Singapura dan di luar negara yang memerlukan bahan pembelajaran bahasa Melayu seperti United Kingdom, Australia dan lain-lain negara.




“Kebelakangan ini, banyak isu ras yang menjejas keharmonian kaum. Oleh itu, kita perlu beri kesedaran kepada para pelajar dan pembaca cilik kerana mereka akan mewarisi kehidupan masa depan. “Dengan itu, ia menjadi satu kewajaran untuk menghasilkan buku Keharmonian Kaum di Sekolah Saya sebagai satu pendedahan bacaan pelajar. Ia akan menyedarkan mereka tentang kepentingan memahami dan menghormati budaya bangsa lain dari sudut permainan, makanan, alat muzik tradisional, warisan tradisional dan banyak lagi.”
– Cik Hana Mohd.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >