Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua cedera dalam kemalangan di Tambak

Jul 18, 2018 | 03:06 PM



 





SATU kemalangan melibatkan dua kereta menyebabkan kesesakan jalan raya di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada awal Rabu (18 Julai).



Gambar-gambar yang diterbitkan ke Facebook menunjukkan pegawai polis dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian, di mana kenderaan lain dilihat tidak bergerak.



Bahagian belakang salah sebuah kereta rosak teruk, dengan jendela belakangnya hampir tanggal dan tergantung di but kereta.



Dalam laporannya, akhbar The Straits Times berkata sebuah kereta yang berdaftar di Singapura telah berlanggar dengan sebuah kereta berdaftar di Malaysia.



Seorang lelaki berusia 39 tahun dan seorang wanita berusia 44 tahun dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat dalam keadaan sedar.



Menurut polis, ia diberitahu tentang kemalangan di jambatan Causeway Link Woodland di hala menuju Pusat Pemeriksaan Woodlands sekitar 6.55 pagi.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan berkata, menerusi Twitter pada 7.20 pagi, bahawa kemalangan di Tambak telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan memberitahu pemandu supaya menjangka ketergendalaan.



Insiden ini berlaku ekoran dua lagi kemalangan di Tambak.



Pada 30 Jun, sebuah treler, lori dan tiga motosikal terlibat dalam kemalangan di sana, sementara pertembungan berangkai melibatkan empat kereta pada 1 Julai menyebabkan dua cedera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >