DUA orang yang terlibat dalam kes penipuan keahlian Kelab Keppel melibatkan $37.5 juta yang dipungut daripada 1,341 yang menyangka akan menjadi anggota telah dijatuhkan hukuman penjara semalam.
Nah Hak Chuah, 67 tahun, penyelia di jabatan keanggotaan kelab itu, telah dikenakan hukuman penjara tiga tahun manakala Ivy Cheo Soh Chin, juga 67 tahun, dihukum penjara empat setengah tahun.