Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua doktor gigi didakwa tipu lebih $54,000 dalam tuntutan palsu Chas, Medisave

Oct 19, 2019 | 03:17 PM



DUA  doktor gigi semalam (18 Oktober) didakwa menipu Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas), lapor The Straits Times (ST).



Dr Teo Eu Gene, 36 tahun, dan Dr Andy Joshua Warren, 34 tahun, kedua-duanya pernah bekerja di klinik Phoenix Dental Surgery, didakwa menipu dan memalsukan akaun antara Ogos 2014 dan Oktober 2015.



Dr Teo menghadapi 60 tuduhan manakala Dr Warren menghadapi 24 tuduhan.



Tuduhan Dr Warren termasuk menipu CPF dengan membuat tuntutan palsu bagi rawatan yang tidak dilakukan.



Waktu itu, Dr Warren mengamalkan perubatan pergigian di bawah nama Dr Ng Yu Ming. Dia menukar namanya dengan surat ikatan pol (deed poll) pada 2017.



Kedua-dua doktor gigi itu dituduh membuat tuntutan palsu berkaitan 23 orang bagi jumlah melebihi $54,000.



Menipu dan memalsukan rekod membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda. Mereka diikat jamin sebanyak $20,000 seorang.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >