Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua gantri ERP diaktifkan selepas Adam Road dan jalan susur Mount Pleasant pada waktu sesak petang mulai 20 Feb

Feb 13, 2017 | 03:50 PM



MULAI Isnin depan (20 Feb), dua gantri Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) di sepanjang Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menghala ke timur akan diaktifkan pada waktu sesak sebelah petang.



Dua gantri itu terletak selepas Adam Road dan pada jalan susur Mount Pleasant ke PIE (Changi).



Kadar bayaran di kedua-dua gantri ialah $2 antara 5.30 petang - 7 malam, dan $1 antara 7.00 - 7.30 malam.



Langkah itu diambil selepas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) selesai melakukan reviu suku tahunan tentang keadaan lalu lintas di jalan raya dan ekspreswe.



Menjelaskan keputusannya, LTA berkata keadaan trafik di bahagian jalan berkenaan semakin buruk dalam tahun-tahun kebelakangan ini.



Kelajuan trafik jatuh kepada bawah 40km sejam - jauh di bawah julat optimum 45-60km sejam.



Kadar ERP di dua gantri di sepanjang Expresswe Central (CTE) ke arah utara akan meningkat pada waktu sesak mulai 20 Feb.



Kadar bayar di gantri - terletak selepas keluar PIE - akan dinaikkan $1 antara 6 petang dengan 8 malam.



Semakan suku tahunan kedua kadar ERP bagi 2017 akan dibuat pada Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >