Dua ijazah baru diperkenal SIT, penuhi sektor kian berkembang
Program jadikan pelajar lebih sedia sahut cabaran kerjaya; wujud peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan
BERMULA tahun ini, dua program ijazah baru yang disasarkan terhadap sektor ekonomi yang kian berkembang bakal diperkenalkan di Institut Teknologi Singapura (SIT) agar pelajar lebih sedia untuk memenuhi keperluan industri.
Dinamakan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Terapi Pertuturan dan Bahasa (SLT) dan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Perhubungan Digital dan Media Bersepadu (DCIM), kedua-dua program ini merupakan program ijazah pertama sedemikian di Singapura.