Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua inisiatif baru untuk tangani perubahan iklim

Aug 18, 2019 | 09:19 PM



SINGAPURA sedang meneroka cara penambakan baru di kawasan pantai East Coast untuk memperkukuh pertahanan negara mencegah banjir yang disebabkan perubahan iklim.



Huraian ini, antara beberapa pilihan yang sedang diterokai, boleh menelan belanja sehingga lebih $100 bilion, tetapi ia boleh dilaksanakan dalam jangka panjang, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Cara penambakan baru itu melibatkan pembinaan daik dan kawasan tanah rendah atau polder.



Daik atau tembok memanjang akan dibina di tengah laut, membina ‘kolam’ air laut antara daik dengan pantai. 



Justeru, air dalam ‘kolam’ ini boleh dipam keluar, meninggalkan kawasan tanah rendah – termasuk yang berada di bawah paras laut. 



'Polder' itu sedang dibina di Pulau Tekong agar negara ini mendapatkan pengalaman mengendalikannya.



Selain itu, agensi air negara telah merancang untuk membina rumah pam kedua di Bendungan Marina, bagi menambah keupayaan bendungan itu dalam mencegah banjir.



Buat masa ini tujuh pam gergasi di rumah pam pertama memadai untuk mengepam air dari Kolam Air Marina ke laut apabila hujan lebat turun serentak dengan tempoh air pasang.



Dalam ucapannya, PM Lee turut berkongsi mengenai individu seperti Cik Farah Sanwari, yang berusaha menangani kesan perubahan iklim dalam kehidupan peribadinya.



Cik Farah merupakan pengasas bersama Repair Kopitiam, sebuah syarikat yang mengajar orang awam cara untuk membaiki peralatan yang rosak, supaya ia boleh digunakan lagi dan tidak dibuang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >