Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kad EZ-Link edisi terhad sempena Hari Kebangsaan dijual mulai Jumaat

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



SET dua kad EZ-Link edisi terhad akan dijual mulai Jumaat ini untuk memperingati ulang tahun negara yang ke-56.



Ia direka oleh artis setempat, Encik Lee Kow Fong, 50 tahun, yang lebih dikenali dengan nama Ah Guo, dan bertujuan menunjukkan semangat waja warga Singapura semasa menghadapi Covid-19 dan harapan negara muncul lebih kukuh daripada pandemik ini.



Ah Guo mendapat perhatian semasa tempoh pemutus litar tahun lalu menerusi desain dan ilustrasi yang dihasilkannya menunjukkan orang ramai dan keadaan harian.



Desain pertama, yang dinamakan The Vibrant Future, atau Masa Depan yang Rancak, menunjukkan kanak-kanak sedang bermain, yang menunjukkan aspirasi generasi selanjutnya mendewasa dengan gembira dan sikap optimis.



Desain kedua yang bernama The Higher We Go, atau Aspirasi Lebih Tinggi, menunjukkan penduduk di kawasan kejirangan meraikan Hari Kebangsaan, termasuk seorang ayah muda mengangkat anak perempuannya.



Dalam kenyataannya, EZ-Link berkata ia bekerjasama dengan Ah Guo untuk menghasilkan desain itu supaya selaras dengan tema Hari Kebangsaan, iaitu 'Bersama-sama, Semarakkan Semangat Singapura Kita'.



"Dari dulu lagi, saya ingin menggunakan seni saya untuk memberi inspirasi kepada orang dan membantu mereka kekal tenang dan positif," kata Ah Guo.



"Ini lebih penting pada masa ini, sedang kita menentang pandemik dan saya berbesar hati kerana boleh berkongsi ilustrasi saya dan memberi keceriaan kepada warga Singapura," ujar Ah Guo, menerusi kenyataan EZ-Link.



Ketua eksekutif EZ-Link, Encik Nicholas Lee berkata pihaknya ingin menyebar harapan kepada warga Singapura sempena ulang tahun ke-56 Singapura.



Set dua kad edisi terhad itu dijual dengan harga $15.60 (tanpa nilai) di stor rasmi EZ-Link di Shopee.



EZ-Link juga akan mengadakan cabutan bertuah antara 6 dengan 31 Ogos di mana pihak awam boleh memenangi kad edisi khas yang mengandungi tanda tangan Ah Guo dan nilai tersimpan $56.



Kad EZ-Link digunakan di sini untuk membayar tambang pengangkutan, membeli-belah dan membeli makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >