Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Dua kali dapatkan bantuan WSG cari kerja selepas strok

Walaupun diserang angin ahmar, Cik Nor Harienti Abdul Gani tidak patah semangat dan terus berusaha gigih untuk mencari pekerjaan baru selepas keadaannya bertambah baik. Demi melancarkan usaha pencarian pekerjaan, beliau telah mendapatkan bantuan dari Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) yang bekerjasama dengan SG Enable untuk mendapatkan beliau pekerjaan baru. Berikut kisah perjalanan kerjaya Cik Harienti.
Jan 16, 2021 | 05:30 AM



PADA pagi itu, Cik Nor Harienti Abdul Gani sedang menikmati sarapan bersama rakan-rakannya apabila beliau tiba-tiba tidak dapat merasa bahagian kiri tubuhnya.



Tanpa disangka, beliau sebenarnya diserang angin ahmar dalam kejadian yang berlaku pada 2014 itu dan dikejarkan ke hospital dengan segera.



Selama setahun, Cik Harienti diisytiharkan tidak sihat untuk bekerja sementara beliau mendapatkan rawatan dan menjalani terapi di badan kebajikan SPD yang membantu individu kurang upaya.



Pada 2016, beliau akhirnya boleh kembali bekerja dan mendekati Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) untuk mendapatkan bantuan dalam mencari pekerjaan.



Mujur, SPD juga membantunya dan beliau berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai penolong pentadbiran di badan yang membantu belia berisiko, Care Singapore.



Namun, selepas hampir tiga tahun, Cik Harienti memutuskan untuk berhenti kerja kerana tidak dapat mengikuti perkembangan pesat dalam persekitaran kerja dan perubahan sistem di tempat kerjanya.



Sekali lagi, beliau mendekati WSG dalam usahanya mencari peluang pekerjaan baru.



"Saya bertemu dengan seorang duta kerjaya WSG di Kelab Masyarakat Canberra tahun lalu. Di situ, saya dapat tahu WSG bekerjasama dengan SG Enable untuk membantu individu kurang upaya seperti saya. Mereka bantu saya setapak demi setapak, alhamdulillah," kata beliau.



Hasilnya, Cik Harienti, 47 tahun, berjaya mendapatkan pekerjaan baru sebagai penolong pentadbiran di SUN-DAC, sebuah pusat kegiatan siang hari bagi individu kurang upaya dari segi intelektual, pada Ogos tahun lalu.



"Saya sebenarnya berdoa agar satu hari saya boleh bekerja dengan orang kurang upaya kerana saya memahami keadaan mereka disebabkan situasi saya sendiri. Apabila WSG dan SG Enable mendapatkan pekerjaan ini untuk saya, saya rasa doa saya termakbul dan saya rasa amat bersyukur," kata beliau, yang menggunakan kerusi roda apabila keluar rumah.



Menurut Cik Harienti, beliau ditawarkan pekerjaan itu ketika sedang menjalani temu duga kerja bersama pengurus pusat itu.



Sebagai penolong pentadbiran, beliau memberikan bantuan kepada pengurus kewangan dan dalam hal berkaitan sumber manusia (HR) selain menjawab panggilan.



Dengan bimbingan dan sokongan padu oleh rakan-rakan sekerjanya, Cik Harienti berkata beliau dapat melakukan tugasnya dengan baik setiap hari.



Cik Harienti, yang belum berumah tangga, berkata beliau memilih untuk bekerja walaupun mengalami angin ahmar kerana mahu hidup berdikari dan ingin mempunyai pendapatan dan simpanannya sendiri supaya dapat menampung perbelanjaan harian.



"Saya berharap kisah saya ini akan dapat memberi motivasi dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Bagi mereka yang susah cari kerja, berusahalah setapak demi setapak dan dapatkan bantuan menerusi saluran seperti WSG.



"Mereka boleh berikan anda nasihat kerjaya dan mereka juga bekerjasama dengan SG Enable untuk membantu individu kurang upaya mendapatkan pekerjaan baru," kata beliau.




"Saya berharap kisah saya ini akan dapat memberi motivasi dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan. Bagi mereka yang susah cari kerja, berusahalah setapak demi setapak dan dapatkan bantuan menerusi saluran seperti WSG. Mereka boleh berikan anda nasihat kerjaya dan mereka juga bekerjasama dengan SG Enable untuk membantu individu kurang upaya mendapatkan pekerjaan baru."
- Cik Nor Harienti Abdul Gani, yang berjaya mendapatkan pekerjaan baru sebagai penolong pentadbiran di SUN-DAC, sebuah pusat kegiatan siang hari bagi individu kurang upaya dari segi intelektual, pada Ogos tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >