SEORANG kanak-kanak berusia satu tahun dan seorang lagi berusia empat tahun cedera dalam satu kemalangan melibatkan dua kereta di Sengkang semalam.
Mereka merupakan antara enam orang yang cedera dalam kemalangan itu, lapor The Straits Times.
Polis berkata pihaknya diberitahu tentang sebuah kemalangan di Compassvale Street menghala Rivervale Drive pada 1.10 tengah hari.
Pemandu berusia 47 tahun, penumpang berusia 20 tahun dan empat pejalan kaki dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri.
Sementara itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata tiga dewasa dibawa ke Hospital Besar Sengkang manakala seorang kanak-kanak dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.
Polis sedang menyiasat kejadian tersebut.