Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kebakaran di blok HDB dek PMD: SCDF

Jun 09, 2019 | 02:30 PM



DUA kebakaran melibatkan alat mobiliti peribadi (PMD) dilaporkan di unit flat HDB berbeza semalam (Sabtu, 8 Jun), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu pos di Facebook.



SCDF berkata mereka dimaklumkan tentang dua kebakaran di Ang Mo Kio dan Marine Terrace pada sekitar 10.45 pagi dan 5.35 petang semalam.



Salah satu daripadanya berlaku di tingkat 13 di Blok 52 Marine Terrace dan melibatkan PMD di dapur yang terbakar.



Api itu dipadamkan penduduk flat tersebut menggunakan air dalam baldi. Beliau mengalami kelecuran dan dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).



Kebakaran yang berlaku di tingkat enam di Blok 301 Ang Mo Kio Avenue 3 pula melibatkan bateri PMD yang terbakar di bilik tidur flat tersebut.



Pegawai SCDF memadamkan api itu menggunakan dua beg buih udara termampat.



Tiada kecederaan dilaporkan.



Menurut siasatan awal, kedua-dua kebakaran tersebut berlaku dek bateri PMD yang sedang dicas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >