Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kelompok baru Covid-19 di dormitori Kaki Bukit, Kian Teck Avenue: MOH

Jul 26, 2020 | 11:43 PM



Dua kelompok jangkitan koronavirus baru di dormitori telah dikenal pasti, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad malam (26 Julai) .



Sebanyak 481 kes jangkitan baru disahkan sehingga tengah hari tadi. 



Dalam kenyataan terkini, MOH berkata lapan kes yang disahkan sebelum ini kini dikaitkan bagi membentuk kelompok baru di sebuah dormitori yang terletak di 52, Kaki Bukit Industrial Terrace.



Satu daripada kes baru, yang berkait dengan empat kes sebelum ini, pula membentuk kelompok baru di sebuah dormitori di 19, Kian Teck Avenue.



Kes jangkitan baru yang dilaporkan hari ini termasuk lima kes masyarakat, yang kesemuanya adalah pemegang pas kerja.



Empat kes adalah kes import yang melibatkan dua warga Singapura dan Penduduk Tetap yang pulang dari Indonesia manakala baki dua kes, adalah pemegang permit kerja yang pulang dari Indonesia.



Kesemuanya sudah dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. 



Dalam pada itu, empat pesakit koronavirus yang berkaitan dengan satu kelompok di Pusat Pengangkutan Bersepadu Bukit Panjang merupakan semuanya pemandu bas, kata pengendali pengangkutan SMRT. 



Kelompok itu pertama kali diumumkan oleh MOH pada Jumaat malam. 



Menurut SMRT, tiga pemandu telah menjangkiti Covid-19 semasa di rumah mereka. 



Pemandu terakhir, seorang pemegang permit kerja warga Malaysia berusia 28 tahun, disahkan positif pada Khamis lalu. 



MOH berkata jangkitan itu dikesan sebagai sebahagian daripada usaha proaktif mencari individu yang bekerja di kelompok tempat kerja baru, sambil menambah bahawa keputusan pemandu itu menunjukkan bahawa beliau mungkin ada jangkitan lalu dan tidak lagi menjangkiti orang lain. 



Secara keseluruhan, jumlah jangkitan di sini telah mencapai 50,369 kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >