Dua kemalangan maut babitkan dua pemuda semasa musim Raya
Jun 19, 2019 | 05:30 AM
HARI Raya tahun ini disebelungi duka bagi dua keluarga Melayu di sini selepas ahli keluarga tersayang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya berasingan baru-baru ini.
Relawan belia, Allahyarham Muhammad Dzulfaiz Jamaludin, meninggal dunia kelmarin manakala teknisyen, Allahyarham Muhd Hariz Jumali, pula meninggal dunia pada Ahad lalu.