Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kereta, tiang lampu rosak akibat pokok tumbang di Margaret Drive

Jan 15, 2018 | 05:30 AM



DUA kereta dan tiang lampu musnah akibat pokok setinggi lapan meter tumbang lalu menimpa di Margaret Drive pagi semalam.



Tiada kecederaan dilapor dalam kejadian itu, yang berlaku di tempat meletak kereta depan sekolah pelajar istimewa Pusat Rainbow, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Gambar disiarkan dalam talian menunjukkan akar pokok hujan-hujan tercabut. Tiang lampu yang tumbang juga kelihatan.



Laporan ST berkata cermin depan kereta jenis BMW pecah manakala bumbung kereta Nissan kemek.



ST difahamkan bahawa pokok itu sudah dialihkan pekerja sekitar 9.30 pagi.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) meramalkan cuaca mendung dan berangin pada sebelah pagi dan petang semalam, dengan hujan renyai hingga sederhana dijangka turun di serata pulau.



Sebelum ini, terdapat beberapa laporan pokok tumbang sejak sepanjang minggu lalu, termasuk kejadian dekat tempat permainan di Yishun.



Beberapa peralatan kesihatan, susur tangan dan pagar kontraktor musnah dalam insiden tersebut.



Tiada kecederaan dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >