Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Setempat

Dua kes kebakaran PMD pagi ini

Oct 28, 2019 | 03:56 PM

DUA kes kebakaran berkaitan alat mobiliti peribadi (PMD) berlaku pagi tadi (2 Oktober).

Menurut kenyataan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), salah satu kejadian berlaku pada 11.15 pagi di tingkat tujuh, Blok 106, Bedok North Avenue 4.

“Seorang penghuni lelaki unit itu dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) akibat terhidu asap. Sekitar 40 penduduk yang terjejas telah keluar dari blok tersebut sebelum ketibaan SCDF,” kata SCDF.

Selang 40 minit kemudian, SCDF telah memadamkan satu lagi kes kebakaran berkaitan PMD di sebuah kedai e-skuter yang terletak di Lorong 19 Geylang.

Menurut Facebook SCDF, seorang pekerja dihantar ke SGH akibat melecur.

Siasatan awal menunjukkan bahawa sumber kebakaran disebabkan masalah elektrik dari PMD yang sedang dicaj.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian