Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua kucing dibiar dalam flat sewa diselamatkan

Jun 07, 2023 | 05:02 PM



Dua kucing yang ditinggalkan di sebuah flat sewa di Jalan Minyak, dekat Havelock Road, pada Selasa, telah diselamatkan. Mereka dijumpai terkurung dalam sangkar dengan tulang rangka tiga kucing lain.

Dua kucing ini diambil oleh Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), sebuah kelompok di bawah Lembaga Taman Negara (NParks).

Penyelamat mendapat tahu tentang kejadian ini apabila seorang jiran memuat naikkan pos bagi meminta pertolongan ke Facebook “Sayang Our Singapore’s Community Cats” pada Isnin.

Jiran ini juga yang memaklumkan pihak polis, AVS, dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Seorang penyelamat kucing bebas, yang hanya ingin dinamakan sebagai Wati, memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa beliau memasuki flat tersebut dengan polis dan pegawai HDB pada Selasa petang setelah diberikan izin oleh anak perempuan penyewa.


“Kami juga dapat tahu daripada anak perempuan penyewa itu bahawa kucing yang dijumpai adalah miliknya,” kata Cik Wati.

“Kucing dijumpai di dapur dan mereka dikurung. Ini menghalang mereka daripada mencari makanan dan minuman.”

Kedua kucing yang masih hidup itu diambil oleh AVS.

Dalam klip video yang dikongsi Cik Wati dengan ST, terdapat suara luar kamera yang menganggarkan bahawa kucing-kucing ini ditinggalkan sekurang-kurangnya selama sebulan, dari keadaan badan mereka yang kurus sehingga tulang mereka ternampak.

Cik Wati berkata: “Saya sering melihat kes-kes (pengabaian) sebegini, terutamanya di flat sewa. Apabila mereka pindah rumah, penyewa akan tinggalkan kucing mereka dalam flat. Terdapat penyewa yang melakukan ini kerana tidak sanggup bayar kos flat sewa, sementara yang lain melakukan ini kerana mereka sedang sembunyi daripada pemiutang atau pihak penguatkuasa.

“Kebanyakan kucing ini dalam keadaan kurus kering apabila dijumpai akibat kelaparan.”

Terdapat dua kes pengabaian kucing di flat HDB dalam tempoh lima bulan yang lalu.

Pada 1 Mac, 13 kucing dan dua arnab dijumpai di flat sewa Sembawang Crescent oleh sukarelawan.

Penyewa flat ini – yang pada masa itu akan diusir dari flatnya pada 31 Mac 2023, dilihat daripada notis yang ditampal depan pintu unitnya – dipercayai membiarkan flat tersebut dan haiwan peliharaan yang tinggal di sana selama sekurang-kurangnya seminggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >