Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Dua kumpulan muzik sambut ulang tahun dengan persembahan khas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Dua kumpulan muzik sambut ulang tahun dengan persembahan khas

Jan 14, 2018 | 05:30 AM

KUMPULAN muzik Chandni Raat dan Sangam Boys masing-masing menyambut ulang tahun yang ke-60 dan ke-50 tahun lalu dengan satu sambutan meriah November lalu (gambar).

Kumpulan Chandni Raat ditubuhkan pada 1957 dan kini dipimpin Encik Mohd Tahir B Yusuf B dengan Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, suami Presiden Halimah Yacob, sebagai penasihat.

Sangam Boys pula ditubuhkan dalam 1967 oleh Allahyarham Hashim Alhabshi.

Walaupun nama pancaragam itu berbaur Hindustan, ia mendendangkan lagu-lagu daripada pelbagai bahasa dan beraneka genre, termasuk lagu lama dan baru.

Malam nostalgia pada 18 November itu, yang diadakan di Jawatankuasa Penduduk (RC) Marine Crescent, disambut meriah dengan lagu-lagu khas oleh kededua kumpulan itu serta artis dan ahli muzik lain.

Acara itu dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu dan India Kelab Masyarakat Marine Parade dan berlangsung dari 6 petang hingga 10 malam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3