Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lagi buku karya Mohd Latiff Mohd dalam bahasa Inggeris diterbitkan

Nov 13, 2017 | 05:30 AM



KARYA sasterawan Mohamed Latiff Mohamed telah diterjemahkan lagi ke bahasa Inggeris melalui dua buku berupa koleksi cerpen dan sajak.



Himpunan cerpen berjudul Lost Nostalgia ($19.90) diterjemah pengkritik sastera dan pensyarah Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) Dr Nazry Bahrawi. Buku itu mengandungi cerpen mengisahkan kehidupan, agama dan keluarga.



Buku puisi berjudul A Crackle of Flames, A Circle of Rainbow ($17.12) pula terjemahan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Profesor Zakaria Ali, dan editor, penulis dan penterjemah Muhammad Herwanto Johari.



Karya tersebut ditulis penerima Pingat Budaya itu antara 1960- hingga 1980-an.



Buku-buku terbitan Ethos Books itu dilancar di The Arts House Rabu lalu sempena Pesta Penulis Singapura (SWF).



Sebelum ini, dua novel Encik Latiff pernah diterjemah ke bahasa Inggeris - Confrontation (2013) dan The Widower (2015).



Pengasas bersama badan bukan mencari untung The Select Centre, Encik Tan Dan Feng, yang mengetengahkan karya penerima Anugerah Tun Seri Lanang itu kepada penerbitnya September lalu, berkata penghasilan dua buku itu mercu tanda sastera negara.



"Karyanya mempunyai hubungan dengan rakyat Singapura daripada semua kaum, membolehkan kita lebih memahami negara dan diri kita," kata Encik Tan.



Menurut Ethos Books, penterjemahan karya Encik Latiff menghidupkan budaya penting dalam sejarah pascaperang yang dilalui masyarakat Melayu Singapura.



Dr Nazry pula berkata keupayaan Encik Latiff mencerminkan pahit maung masyarakat boleh dirasai sesiapa, walaupun bukan Melayu.



Dua buku itu boleh dibeli melalui laman www.ethosbooks.com.sg, gedung buku Kinokuniya dan kedai buku utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >