Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Dua lagi klinik masyarakat tawar khidmat rawatan barah

Klinik Perubatan Keluarga Keat Hong, Klinik Perubatan Keluarga Frontier tawar rawatan risiko rendah, jangka pendek
May 26, 2023 | 04:08 PM



PESAKIT barah kini boleh menerima rawatan berisiko rendah dan jangka pendek di dua lagi klinik masyarakat di Clementi dan Choa Chu Kang.

Kedua-dua klinik itu, Klinik Perubatan Keluarga Keat Hong dan Klinik Perubatan Keluarga Frontier, akan menawarkan perkhidmatan dan rawatan barah kepada pesakit yang dahulunya hanya boleh didapati di Institut Barah Universiti Nasional Singapura (NCIS).

Ini termasuk pengambilan darah, penjagaan saluran intravena jangka panjang, rawatan antibarah dan pembuangan pam infusi kemoterapi.

Beroperasi di bawah program NCIS on the Go, kededua klinik itu merupakan pilihan alternatif untuk pesakit barah yang tinggal jauh dari NCIS yang terletak di Kent Ridge.


Kini, jumlah klinik di bawah program NCIS on the Go telah meningkat kepada tiga, termasuk Pusat Perubatan Jurong, yang menawarkan perkhidmatan dan rawatan barah sejak Mac tahun ini.


Salah seorang pesakit yang telah menerima manfaat daripada program itu ialah Encik Khairuddin Haron, 34 tahun, yang pada Jun 2022 didiagnosis dengan Limfoma Hodgkin – sejenis barah yang menjejaskan noda limfa.

Beliau mula menerima kemoterapi pada Ogos 2022 melalui tiub nipis dan panjang yang dimasukkan melalui urat di lengannya.

“Tiub itu harus dibersihkan oleh jururawat sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mencegah sekatan yang boleh menyebabkan jangkitan.

“Daripada megambil masa kira-kira satu jam untuk pergi ke NCIS bagi membersihkan tiub, saya hanya perlu berjalan kaki ke Pusat Perubatan Jurong yang mengambil masa kira-kira 10 minit,” kata Encik Khairuddin yang tinggal di Jurong West.

Masa perjalanan yang lebih singkat adalah penting bagi Encik Khairuddin kerana beliau bukan sahaja bekerja sepenuh masa sebagai penolong pengurus stesen di laluan MRT Downtown, malah beliau juga belajar sambilan di Politeknik Temasek.

“Walaupun tempat kerja dan sekolah saya bertimbang rasa, saya harus menguruskan masa saya, dan NCIS on the Go telah membantu saya dalam aspek ini,” tambahnya.


Profesor Lee Soo Chin, Ketua NCIS on the Go, berkata program itu tidak memerlukan banyak ruang, peralatan atau infrastruktur khas untuk beroperasi.


“NCIS hanya perlu menyewa ruang kecil di kemudahan perubatan sedia ada. Ia sangat fleksibel, mudah untuk menambah atau menukar lokasi tanpa pelaburan modal,” ujar Profesor Lee, yang juga Ketua dan Perunding Kanan di Jabatan Hematologi-Onkologi NCIS.

Beliau menjelaskan bahawa hospital kadangkala melayan pesakit secara ad hoc dan ini menyebabkan pesakit barah perlu menunggu lebih lama untuk menerima rawatan walaupun mereka telah membuat temujanji.

“Kami memindahkan kes mudah ke klinik masyarakat yang membolehkan kami menumpukan perhatian kepada kes kompleks di hospital.

“Ini membolehkan kami menggunakan sumber kesihatan yang terhad dengan lebih baik dan membantu pesakit menjimatkan masa, sama ada dalam perjalanan atau menunggu giliran di klinik,” tambahnya.

Hanya satu jururawat ditempatkan di setiap klinik masyarakat buat masa ini, tetapi bilangan jururawat boleh ditambah jika permintaan bertambah.

Memandangkan bilangan pesakit barah meningkat seiring dengan populasi Singapura yang semakin tua, klinik tersebut juga bertujuan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat di NCIS, kata Profesor Lee.

Bilangan pesakit yang telah mendapat manfaat daripada NCIS on the Go telah meningkat daripada sekitar 1,000 pada 2021 kepada hampir 1,600 pada 2022, dengan hampir 2,000 pesakit dijangka pada 2023.


Pada 2022, 8.7 peratus rawatan di NCIS telah diambil alih oleh klinik masyarakat, naik daripada 5.7 peratus pada 2021. Manakala pada suku pertama 2023, 9.4 peratus rawatan telah dipindahkan ke klinik tersebut, membebaskan sumber penjagaan kesihatan di NCIS.

Profesor Lee turut berkongsi bahawa NCIS merancang memperluaskan lagi NCIS on the Go bagi menawarkan rawatan kepada pesakit berisiko sederhana dan tinggi, serta menubuhkan klinik di kawasan utara dan timur Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >